Assalamualaikum :)

Hello guys....

In order to fulfill my 'golden minutes', I would like to share all of my hobby & my part time projects in here.... So... lets start exploring my world...

Tuesday, May 10, 2011

Chocolate Butter Cake

Assalamualaikum...
Dah setahun rasanya Raha's Oven blog x di update-update olehku... ngeh..ngeh...ngeh... (punyalaaaa pemalas aku ini). Memandangkan keadaan sekeliling sudah aman dan damai (kehidupan den dari bujang dan kini telah menjadi isteri orang), boleh la kiro ee eden mengadap blog den yang dah kopam ni haa... uhukhukhuk....


Semalam di rumah, Raha kebosanan sesorang and tak tahu nak buat apa, so raha pun masuklah my bengkel at the center of the house, godek punya godek, bahan-bahan nak buat buttercake lengkap... tapiiii, nak makan buttercake dah bosan... Sooooo, Raha pun hentam la buat CHOCOLATE BUTTERCAKE gunakan resepi asal yang selalu Raha guna utk bisnes. kat sini raha nak share ngan uolssss... Naahhhhhhh... Hambeeeeekkkkk la resepi ni kalau sudi nak mencuba... sedap la plakkkk... Jadi Moist Chocolate Cake uolllllsssssssss.... =)

BAHAN-BAHANNYA


250 gm butter (Raha guna Buttercup sajork)
200 gm castor sugar (sesiapa yang suka manis boleh tambah lagi gula ni to 250gm)
1/2 tsp nescafe
4 biji telur (grade B)
1 tsp butter vanilla essence (kalau x de guna esen vanilla biasa pun boleh)
215 gm self-rising flour (SRF) bluekey
35 gm chocolate powder (cocoa powder pun buleh)
180ml fresh milk (i guna 50ml whip cream + 130ml air)- susu den out of stock


CARA-CARANYA:


1- Putar butter + castor sugar + nescafe sehingga kembang (putih).
2- Masukkan dan putar telur sebiji demi sebiji sehingga habis.
3- Masukkan butter vanilla essence dan putar sebati.
4- Masukkan tepung yang telah diayak bersama-sama chocolate powder dan gaul hingga sebati.
5- Akhir sekali masukkan susu dan gaul hingga rata.
6- Masukkan ke dalam cake tin 9"
7- Bakar pada suhu 180C selama 45 minit / sehingga masak (bila cucuk lidi di tengah-tengah kek, x melekat.


Kek ni sedap dimakan begitu sahaja dan ianya juga sedap dimakan dengan chocolate ganache... Nak x resepi chocolate ganache? harus la mauuuuu kannnn? ok...




CHOCOLATE GANACHE (sebutannya G-A-N-A-S-H)




BAHAN-BAHANNYA:


250 gm dark chocolate Beryl's - potong dadu (Raha campur dark n milk tp kalo x nak campur pun boleh dijadikan cooking chocolate tu 500gm)
250 gm milk chocolate Beryl's- potong dadu
250 gm whipped cream Anchor
125 gm butter (buttercup sajork)


CARA-CARANYA:


1- Panaskan whipped cream di dalam mangkuk. Gunakan kaedah double boiler.(api jangan kuat sgt)
2- Bila whipped cream dah panas, masukkan cooking chocolate sehingga cair kesemuanya.
3- Akhir sekali masukkan butter dan kacau sehingga rata.
4- Angkat mangkuk tadi dari periuk double boiler. Biarkan ianya set. (jgn dikacau-kacau chocolate ni tau. biar je dia sejuk sendiri)
5- Boleh la digunakan untuk menghias kek anda atau nak buat makan dengan roti pun sodapppp... Selamat mencuba...